Tuesday 1 October 2013

Mistik, Santau, Jin, Syaitan dan ......... Part 2

Jadi selain sakit pening dan malas bersolat, mokcik jugak selalu sangat cepat marah. Kesian anak mokcik, kekadang kena penampar..kesian sgt2..padahal baru umur 1thn 9 bln. Menyesal sgt mokcik. Jadi mokcik pergilah berubat.

#Tempat berubat pertama.
Lokasi : Kg. Paya Perak, Temerloh.
Nama : Mek yah.

Mek yah ni gunakan ilmu makrifat (agoknya), dengan menggunakan gerakan-gerakan tgn bg menggantikan sebutan subhanallah, lailahaillallah dll. Selain itu, mekyah ni boleh scan2 samada kena santau, saka atau tersampuk. Suami kata mungkin mekyah guna jin. Tapi Wallahualam sebab mokcik hanya dengar dia sebut subhanallah banyak2 kali sepanjang perubatan. Tempoh perubatan sekejap je. Dalam 10-15 mnt. Air Gau dibekalkan utk minum selama 3 hari. 
Alhamdulillah rasa lega sikit...tapi hanya beberapa hari...hmmmm, dugaan.

#Tempat berubat kedua
Lokasi : Lepar Hilir 3
Nama  : Pak Haji Zakaria

Pak Haji ni juga menggunakan ayat2 al-quran seperti al fatihah, ayat qursi dan ayat 3 qul. Ada juga ayat2 lain dari surah al-baqarah yg biasa digunakan oleh perubatan islam yg lain. Pesakit hendaklah duduk di atas kain hitam yg dihampar dan pak haji ni akan baca surah2 terpilih tu sambil golek lada putih kat kuku. Kalo sakit macam kena ketuk dgn tukul tu maknanya adalah jin2 dalam badan. Yang ni mokcik x buat...sebab kurang percya, yelah pakai kain2 itam plak...setau mokcik kalo pakai kain itam, kuning dan merah ni ada guna jin2...tapi pak haji ni mcm boleh baca gerak ati mokcik. Dia cakap, ilmu yg dia ada semuanya kurniaan ALLAh, x gunakan perantara yg lain...mokcik sengeh jelah, sebab masa dia cakap tu mmg dia pandang muka mokcik n panggil mokcik mek..
Yang best pasal pak haji ni, dia boleh bg penampakan sape yg buat kita. Macam kes curi duit ke, kes khianat ke, kes santau ke..caranya, dia isi air dalam gelas (alahai comey sgt gelasnya), isi air Gau dan baca2 ayat sambil tiup kat dalam cawan..nanti akan timbul bayang2 dalam air tu..sesiapa je yg ada di situ time tu boleh tengok..pakcik tu cakap as a witness gitu.. dan ni memang benar, ada kes sorang nenek tu duit dalam ASB dia lesap habis..then lepas air dalam cawan tu ditiup oleh pak haji ni memang benar timbul bayangan. Mokcik pun nampak, perempuan cantik, putih, pakai tudung bawal kaler putih. Kecik2 je orangnya. Mokcik pun buat sibukla bagitau nenek tu, nenek tu cakap, kalo ciri2 tu macam menantu dia...duk serumah ngan dia... walaweeeee, kesian la nenek tu.....nasib la nenek. 
Time mokcik plak, mokcik xnampak pape pun dlm air tu, suami mokcik yg nampak. So dia pun terangkan ciri2 yg dia nampak dalam air tu...dan nampaknya macam sedara mara je..amboila...nape dengki sangat manusia ni...sabor jelah! 

So, korang percaya???

#Tempat berubat ketiga 
Lokasi : Rumah sendiri
Nama  : Ustz Min (Kawan suami)

Ustaz ni hanya baca doa2 macam al-syifa`, hanya baca doa sahaja dah buat mokcik batuk macam nak pitam..sepanjang dia baca asik batukkkk je. Tapi dia x boleh nak picit ibu jari atau tepuk belakang sebab mokcik preggy baru 3 bulan, bahaya katanya sebab boleh buatkan keguguran. Jadi ustz.min hanya bacakan doa dan tiup ke arah air gau, limau nipis 21 buah dan daun nangka. Daun nangka utk tepuk belakang, limau nipis utk buat mandi dan air gau utk minum dan mandi.

#Tempat berubat keempat
Lokasi : Umah mak
Nama  : Kumpulan Tapediri

Ada 4 orang ustaz yg dtg dan baca2 doa, kemudian tarik keluar (tanpa menyentuh) jin2 yg bersarang dalam badan. Bunyi sound effect mmg best..effectif selama 5 minit. Lepas tu..sakit balik...hmmm, bad review kan? Mayb x rasa dengan cara ni. 

Banyak tempat mokcik g berubat kan?
Tapi x la molek2 jugak...
Keadaan sama...
Malah kekadang rasa semakin teruk...
Dengan kepala peninggg sangat selepas asar..
Hidup rasa hilang kualiti...
Allah je yg tau penderitaan ketika itu..

Bersambung di part 3.

Berubat di Puchong, Selangor.

*** Mokcik buat laksa....sedap oooo, nanti ada masa mokcik letak resepi....simple sgt, 30mnt dah boleh settle***