Thursday 18 July 2013

Puisi Dayana (Isteri Ashraf Muslim)


Cinta..indah apabila memiliki, Indah bila sama sama setia, Indah apabila Saling mencinta, Tapi bila dikongsi?
Maca kita makan menda yang paling kita suka la, contoh mee meggi, tetiba ada member datang share, sama banyak, padahal tu kita punya, memang rasa nak tempeleng muka dia kan? 
Ni puisi tentang Dayana. Semoga Dayana tabah harungi ujian hidup ini. Untuk pengetahuan semua, puisi ni bukan Dayana yang karang tau..ni puisi dari seorang blogger Ana Hawana. Mungkin dia karang atas dasar simpati sebagai sesama wanita. 

Statement Ana Hawana.




Puisi Tentang Dayana.
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
KeranaAku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...

No comments:

Post a Comment